WhatsApp Coexistence

Gunakan WhatsApp Business App dan Cloud API bersama-sama

WhatsApp Coexistence memberi peluang kepada nombor yang layak untuk terus digunakan dalam WhatsApp Business App sambil disambungkan kepada Meta Cloud API bagi automasi dan integrasi perniagaan.

Apakah maksud Coexistence?

Dalam setup Cloud API tradisional, nombor rasmi biasanya digunakan melalui platform API dan bukan seperti nombor biasa dalam aplikasi telefon. Coexistence mengubah pengalaman ini untuk nombor yang layak dengan membenarkan penggunaan aplikasi dan Cloud API secara serentak.

Ini sesuai untuk perniagaan yang mahu mengekalkan cara kerja staf pada telefon tetapi turut memerlukan templat, automasi, webhook, API dan pengurusan melalui WebWMS2U.

Kelebihan kepada perniagaan

  • Kekalkan nombor WhatsApp Business yang sudah dikenali pelanggan, jika layak.
  • Staf boleh terus menggunakan WhatsApp Business App untuk perbualan harian.
  • Tambah automasi, templat dan integrasi melalui Meta Cloud API.
  • Kurangkan keperluan menukar nombor atau mengajar pelanggan nombor baharu.
  • Gunakan Chat Tracker dan log untuk operasi yang lebih tersusun.

Apa yang diperlukan?

  • Akses kepada akaun Facebook dan Meta Business yang berkaitan.
  • Hak pentadbir untuk memilih portfolio perniagaan dan WhatsApp Business Account.
  • Nombor yang layak serta boleh melalui proses pengesahan.
  • Maklumat perniagaan yang tepat untuk semakan Meta jika diperlukan.
  • Masa untuk menguji mesej masuk, keluar dan templat selepas onboarding.

Perkara yang perlu difahami

Coexistence tidak bermaksud semua sejarah mesej lama akan dipindahkan ke WebWMS2U. Rancang penggunaan berdasarkan mesej baharu selepas sambungan. Ketersediaan ciri juga boleh berbeza mengikut akaun dan perubahan Meta.

Jangan deregister, memadam atau mendaftarkan semula nombor tanpa memahami langkah seterusnya. Jika nombor sedang berada pada Cloud API lama, rancang migrasi dengan teliti untuk mengelakkan gangguan.

Soalan Lazim

Ketersediaan dan kelayakan ditentukan oleh Meta ketika onboarding. WebWMS2U tidak boleh memaksa sesuatu nombor menjadi layak.

Cloud API tidak bergantung pada telefon seperti sambungan peranti biasa, tetapi aplikasi telefon masih digunakan oleh staf bagi fungsi Coexistence.

Ia mungkin diperlukan bergantung pada akaun, tahap penggunaan dan keperluan Meta. Gunakan maklumat perniagaan yang konsisten.